Sempadan berdampingan Senarai_negara_yang_merentasi_melebihi_satu_benua

Afrika dan Asia

Hijau – Asia, Merah muda – Mesir bahagian Afrika, Kelabu – bahagian Afrika yang lainLihat Sempadan benua untuk perincian tentang sempadan geografi di antara Afrika dan Asia.

Sempadan di antara Asia dan Afrika di anggap sebagai mengikut Segenting Suez dan Terusan Suez di Mesir. Sempadan itu berterusan merentasi Teluk Suez, Laut Merah, dan Teluk Aden. Yemen menguasai Kepulauan Hanish di Laut Merah yang terletak di luar sempadan, serta juga Socotra dan oleh itu, ia memiliki wilayah pulau tak berdampingan di Afrika. Walaupun demikian, ia tidak dianggap sebagai sebuah negara rentas benua.

Amerika Utara dan Selatan

green - South America, pink/grey - North AmericaLihat Sempadan benua dan Amerika Selatan untuk perincian tentang sempadan geografi antara dua benua Amerika.

Asia dan Eropah

Lihat Sempadan benua untuk perincian tentang sempadan geografi di antara Eropah dan Asia.Lihat juga Kriteria geografi untuk keanggotaan Kesatuan Eropah.Eropah menurut takrif yang diterima secara meluas

Sumber-sumber Barat seperti National Geographic Society biasanya menyatakan bahawa sempadan Eropah-Asia mengikut legeh Banjaran Gunung Ural sehingga punca Sungai Ural lalu mengikut sungai itu ke Laut Caspian. Sempadan itu kemudian mengikut legeh Banjaran Gunung Kaukasus dari Laut Caspian ke Laut Hitam. Inilah takrif yang digambarkan di dalam bahagian ini, walaupun kelainan-kelainan juga wujud.

Azerbaijan

Sebahagian besar sempadan daerah timur laut Azerbaijan mengikut legeh utama Kaukasus. Lima daerah terletak di Eropah pada keseluruhannya, manakala daerah Khizi rentas benua terletak hampir sama luasnya antara dua belah legeh itu. Azerbaijan ialah anggota Majlis Eropah.

Kazakhstan

Berbeza dengan sesetengah daerah baratnya, sempadan provinsi Kazakhstan tidak mengikut Sungai Ural. Dua provinsinya, iaitu Provinsi Atyrau dan Provinsi Kazakhstan Barat bersifat rentas benua. Ibu kota Provinsi Atyrau dipisah oleh muara Ural and merupakan sebuah bandar raya rentas benua. Hampir kesemua kawasan ibu kota itu terletak di Asia, dengan sebahagian kecil di Eropah. Dua daerah yang lain di Provinsi Atyrau terletak pada keseluruhannya di Eropah, dengan tiga daerah terletak pada keseluruhannya di Asia. Sebaliknya, daerah Inderskiy dan daerah Makhambetskiy bersifat rentas benua.[2] Di bahagian barat, lima daerah serta ibu kota provinsi di Oral terletak pada keseluruhannya di Asia, dengan daerah Akzhaikskiy bersifat rentas benua.[3]

Mesir

Dua daripada 29 kawasan penguasaan Gabenor Mesir terletak pada keseluruhannya di Semenanjung Sinai Asia, dengan dua lagi bersifat rentas benua:

Rusia

Sempadan kawasan Rusia mengikut Banjaran Gunung Ural serta Sungai Ural dengan cukup rapat. Terdapat satu wilayah Rusia yang amat kecil (kurang daripada 300 km²) di sebelah selatan legeh utama banjaran gunung Kaukasus di Asia. Orenburg di Sungai Ural ialah sebuah bandar raya rentas benua. Perincian tentang bahagian-bahagian politik yang direntasi oleh sempadan rentas benua boleh didapati di di sini. Rusia ialah salah satu ahli Majlis Eropah.

Turki

Tiga buah provinsi Turki terletak pada keseluruhannya di Eropah, manakala Provinsi Çanakkale dan Provinsi Istanbul merupakan provinsi rentas benua. Antara 12 daerah di Provinsi Çanakkale, tiga buah daerah terletak pada keseluruhannya di Eropah, dengan sembilan yang lain terletak pada keseluruhannya di Asia. Sebaliknya, 19 buah daerah di Provinsi Istanbul terletak pada keseluruhannya di Eropah, dengan 12 yang lain (yang membentuk Anatolia) terletak pada keseluruhannnya di Asia.

Panama

Kebanyakan pihak berkuasa serta penduduk Panama menganggap Panama sebagai negara yang paling selatan di Amerika Utara. Panama terletak di kedua-dua Amerika Tengah dan Amerika Utara. Satu pandangan alternatif menganggap Terusan Panama buatan sebagai garisan konkrit yang membahagikan kedua-dua benua di Segenting Panama. Ini akan menyebabkan Provinsi Darién dan empat comarca indígenas terletak di Amerika Syarikat pada keseluruhannya. Pandangan ini juga akan menyebabkan kedua-dua Provinsi Panamá dan Provinsi Colón menjadi provinsi rentas benua, dengan Colón terletak hampir sama luasnya antara kedua-dua benua Amerika dan hampir tiga suku kawasan Provinsi Panamá di Amerika Selatan. Kepulauan Pearl dan Pulau Taboga di Teluk Panama merupakan sebahagian Provinsi Panamá dan masing-masing dikaitkan dengan Amerika Selatan dan Amerika Utara. Enam provinsi yang lain serta comarca indígena Ngöbe-Buglé terletak pada keseluruhannya di Amerika Utara.

Rujukan

WikiPedia: Senarai_negara_yang_merentasi_melebihi_satu_benua http://www.britannica.com/ebc/article-9365466 http://www.ethnologue.com/show_country.asp?name=TL http://www.m-w.com/dictionary/Georgia http://www.oxfordreference.com/views/ENTRY.html?en... http://worldatlas.com/webimage/countrys/eu.htm http://europa.eu/abc/european_countries/others/geo... http://archive.is/20121218031313/http://www.world-... http://www.brif.kz/eng/maps/atyrau_region.php http://www.brif.kz/eng/maps/west_kaz_region.php http://unstats.un.org/unsd/methods/m49/m49regin.ht...